Bonceng motor rakam lumba basikal
Gambar yang diambil jurugambar dikongsi dalam Pesta Filem Basikal Singapura
Aug 20, 2015 | 05:30 AM
TUGAS memetik gambar pelumba basikal telah membawa jurugambar Encik Danial Hakim Abdul Halim, 27 tahun, ke pelbagai acara perlumbaan basikal antarabangsa.
Beliau pernah berdepan dengan mendiang pelumba basikal lasak (mountain bike) bergelar Olympian, Burry Stander, di acara Pertandingan Basikal Lasak Antarabangsa Langkawi 2011.