Minggu Fesyen Singapura yang berlangsung sepanjang minggu ini mengetengahkan bakat reka cipta busana anak Melayu yang menjayakan pertunjukan fesyen gaya sopan atau 'Modestyle' di Galeri Nasional Singapura petang ini. Apakah jerih payah dilalui pemuda ini yang dahulunya lebih selesa berada di belakang tabir? Apakah manfaat yang diraih hasil kerjasama dengan selebriti? Ikuti laporan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg).
TIDAK mudah bagi anak Melayu Singapura, Feayn, mendalami ilmu fesyen meskipun beliau meminatinya sejak remaja lagi.