Cara pikat anak agar gemar membaca penting

Benarkah anak lelaki mula membaca lebih lambat berbanding anak perempuan? Adakah sukar bagi ibu bapa mendorong anak lelaki membaca berbanding anak perempuan? Gah! menemu ramah seorang ibu yang mempunyai empat anak selain mendapatkan penjelasan daripada seorang pakar. Laporan oleh SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) Buku yang dipilih dan suasana tenteram dapat merangsang kanak-kanak agar gemar membaca

PELBAGAI cara perlu Cik Norlizah Ali lakukan bagi merangsang dua anak lelakinya membaca buku.

Buku yang dipilih perlu menarik perhatian mereka dan suasana semasa membaca buku itu perlu menenangkan agar lebih mudah beliau membacakan buku kepada mereka atau menyuruh mereka membaca buku yang dipilih.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan