TIBA-TIBA Puan Fatimah Rockers mengilai dengan kuat apabila mendengar hujah Tuan Galah. Merah padam muka Tuan Galah yang putih pucat itu. Kejantanannya seakan tercabar di persidangan tersebut!
"Eh, Tuan Galah, jangan nak cuba jadi wira di sinilah! Engkau fikir, kuasa yang ada tu cukup, mampu menumpas kekuatan Pak Radin tu!" tempelak Puan Fatimah Rockers lalu mengilai menggila.