PEMBUKAAN muzium lilin Madame Tussauds di Imbiah Lookout Sentosa baru-baru ini telah menarik perhatian ramai pengunjung.
Galeri yang mempamerkan 60 patung lilin itu bersifat interaktif. Walaupun tidak boleh bergerak, gaya patung itu dipamerkan menggalakkan pengunjung beraksi seolah-olah pengunjung bercakap, bermain dan berinteraksi dengan bintang kegemaran mereka.