PELAKON Rozita Che Wan menepis segala dakwaan bahawa beliau menggunakan populariti anaknya, Aaisyah Dhia Rana, untuk mengaut keuntungan.
Aaisyah, dua tahun, kini memiliki program realitinya sendiri di Astro Ria bertajuk Little PrincessAaisyah, yang akan disiarkan pada 12 April, dan susulan itu, Rozita yang lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, menekankan bahawa segala hasil pendapatan anaknya itu akan disalur untuk masa depan si comel itu.