Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Fauziah Nawi buat laporan polis akaun FB palsu guna namanya minta derma

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

BAHANG MEDIA SOSIAL

Fauziah Nawi buat laporan polis akaun FB palsu guna namanya minta derma

Jul 16, 2019 | 05:30 AM



RISAU bercampur bingit pelakon veteran, Fauziah Nawi, dibuatnya dek akaun palsu menggunakan namanya yang meminta derma di laman Facebook.



Fauziah, 66 tahun, bagaimanapun, memberitahu laman Kosmo! Online beliau sudah membuat laporan polis berkenaan perkara ini.



Sebabnya, dirinya bimbang akan terpalit dengan penipuan tersebut.



"Laporan polis sudah saya lakukan dan dalam masa beberapa hari ini saya diminta ke Surujanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Cyberjaya bagi membantu melengkapkan siasatan lanjut.



"Sebelum in, saya pernah juga kena perkara yang sama, tapi kali ini sudah melampau hingga mengaibkan nama dan imej sekali gus menggunakan nama saya sebagai tokoh awam untuk kepentingan peribadi orang berkenaan," kata Fauziah.



Kisah Fauziah yang baru-baru ini mendapat pujian kerana lakonan bersahaja dalam drama Curi-Curi Cinta tular di media sosial.



Ramai menggesanya agar membuat laporan polis atau memastikan individu yang menyamar itu dibawa ke muka pengadilan.



Menurut Fauziah, akaun palsu itu sengaja dicipta oleh individu tidak bertanggungjawab dengan tujuan mengutip dana pertubuhan dan rumah kebajikan.



"Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah ada rumah mahupun pertubuhan kebajikan. Itu semua penipu. Jangan sesekali terima permintaan untuk menjadi teman Facebook daripada akaun tersebut.



"Mohon jangan mudah terpedaya dengan helah penipu itu. Saya pun tidak pernah buat kutipan dana untuk sebarang rumah atau persatuan kebajikan," ujarnya.



Dalam pada itu, Fauziah turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudah melaporkan tentang perkara tersebut di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >