Warna-warni bazar Ramadan di serata Kota Singa dapat dirasakan dengan terbukanya tirai bulan mulia itu hari ini. Ikuti kisah peneraju bazar 'Our Kampung Perses Hari Raya Bazaar' di Bedok, Bazar Wisma Geylang Serai; Bazar Raya Utara@Woodlands, Bazar Hari Raya@Our Tampines Hub, CelebFest Ramadan, The Grand Bazaar dan CelebraT3@Terminal 3, Lapangan Terbang Changi. Salah seorang daripada mereka, Cik Dian Rasid-Heng dari syarikat penganjur bazar berkonsep RoseValley, malah diamanahkan mengendalikan lima bazar, tahun ini.
SETIAP kali melihat perniagaan kecil-kecilan usahawan setempat maju menerusi pengalaman menjayakan bazar di musim Ramadan, setiap kali itulah semangat Cik Dian Mohd Rasid-Heng membara bagi membantu mereka.