Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Gelaran Juara Gegar Vaganza 4 pembakar semangat Aishah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Gelaran Juara Gegar Vaganza 4 pembakar semangat Aishah

Dec 18, 2017 | 10:14 AM

Dari Iskandar Puteri: IBARAT hadiah hari lahir ke-53 yang datang sebulan awal demi membangkitkan semangat agar terus menyumbang kepada industri muzik Malaysia.

Begitulah keadaannya apabila legenda bersuara emas, Aishah, dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV4) di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di kota Iskandar Puteri, Johor Bahru, lewat malam semalam.

Beliau yang menyambut ulang tahun pada 3 Januari depan merasakan selepas penat lelah bertanding dalam GV4, keinginannya kini adalah meluangkan masa bercuti bersama keluarga bagi meraikan hari lahirnya.

Aishah yang nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 52 tahun, berjaya berada di tangga teratas peraduan realiti popular terbitan Astro itu setelah meraih 81 peratusan mata.

Lagu balada mendayu-dayu All By Myself dendangan asal penyanyi Amerika, Eric Carmen, yang dinyanyikan dalam versi Celine Dion, menampakkan kemampuan vokalnya yang tidak pudar ditelan zaman.

Lebih membanggakan, Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang, mampu melontarkan suara nyaringnya bagi mewarnai lagu rancak dengan sisipan irama rap, #Supergirls dalam pusingan 'Battle' bersama saingan terdekatnya, Liza Hanim.

#Supergirls adalah lagu masa kini yang dipopularkan kumpulan trio De Fam.

Dengan kesungguhan dan semangat tidak mudah putus asanya bertanding selama lapan minggu berturut-turut, Aishah mempamerkan konsistensi.

Liza, 38 tahun, yang disebut-sebut sebagai bakal juara GV4 di awal pertandingan pula ketinggalan dua peratusan mata daripada Aishah. Beliau membawa pulang piala naib juara.

Sementara itu, Lan Solo, 32 tahun, mengejutkan ramai dengan kemenangan di tempat ketiga dengan meraih 70.4 peratusan mata. Beliau berjaya menewaskan peserta kegemaran ramai, Hazami Ahmad, 42 tahun, yang mendapat 70 peratusan mata.

Tempat kelima menjadi milik satu-satunya peserta Indonesia, Firman, 39 tahun, yang meraih 69 peratusan mata. Tia Jinbara yang meraih markah terendah sebanyak 66 peratusan mata pula mendapat tempat keenam.

Ketika ditemui Berita Harian di sidang media GV4 semalam, Aishah yang membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM100,000 ($33,078), berkata:

"Saya tidak melihat 30 tahun pengalaman dalam industri muzik itu sebagai sesuatu yang sudah mencukupi. Malah, saban hari, saya terus belajar dan berterima kasih kepada ketua pengadil, Datuk Ramli MS kerana menerusinya, saya banyak belajar ilmu muzik bagi kekal relevan dalam zaman masa kini.

"Pada usia 50-an tahun, saya anggap diri saya sebagai pelajar yang 'lambat tangkap' sehingga Datuk Ramli selalu mengusik dan mentertawakan saya. Namun, saya berikan seluruh jiwa raga saya...apa yang masih ada di benak saya, saya kongsi dan luahkan di konsert akhir GV4 tadi.

"Saya begitu menghargai semangat setia kawan dan kekeluargaan yang dibina bersama adik-adik dalam peraduan ini. Kerinduan akan saya rasakan kerana entah bila lagi saya dapat beraksi dalam pentas sebesar GV4 ini. Saya berharap pihak Astro akan buka ruang bagi saya dan peserta lain bekerjasama dalam projek akan datang mahupun rakaman single."

Aishah yang disifatkan Datuk Ramli sebagai berdisiplin dan berani keluar daripada zon selesanya demi menyahut cabaran GV4 turut menerima barang kemas bernilai $80,000 tajaan Kedai Emas Datuk Seri Vida, pakej percutian ke Eropah Timur dan lot banglo.

Liza, dalam pada itu, tidak kecewa dengan keputusan pengadil yang terdiri daripada Datuk Ramli, penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Rosyam Nor.

Katanya yang membawa pulang RM50,000, pakej percutian ke Turkey, barang kemas bernilai $60,000 dan lot banglo:

"Semua sudah tertulis. Saya sangat gembira buat Kak Aishah kerana beliau adalah idola saya. Malah, apabila berganding dengan beliau dalam pusingan 'battle', saya seronok sekali sebab beliau adalah penyanyi profesional yang selalu tekankan tentang mutu dalam persembahan. Harap tiada yang gaduh-gaduh di media sosial tentang keputusan pengadil.

"Kami tak anggap satu sama lain sebagai saingan. Pusingan itu bukanlah 'battle'. Sebaliknya, ia ibarat lagu duet. Apabila menyanyi dengan Aishah, siapa tak teruja?"

Nota: Kunjungan penulis dan jurufoto ke Iskandar Puteri ditaja Singtel TV.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3