Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hady, Naqiu juara bersama Gegar Vaganza 6

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hady, Naqiu juara bersama Gegar Vaganza 6

Dec 23, 2019 | 12:04 AM



SEJARAH tercipta di Gegar Vaganza (GV) 6 apabila dua juara diumumkan dalam peraduan realiti ini.



Idola Asia, Hady Mirza dan saingan terdekatnya, Naqiu Boboy, diumumkan sebagai juara bersama.



Hady dan Naqiu masing-masing membawa pulang wang tunai RM100,000 ($32,724), pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah serta trofi GV6.



Kembalinya Hady, 39 tahun, ke persada seni Nusantara tahun ini bukan setakat mewarnai dunia hiburan yang merindui suara emasnya.



Lebih daripada itu, pelantun lagu Angkasa itu benar-benar membawa namanya ke puncak jaya sekali lagi dalam peraduan realiti Astro itu malam tadi (22 Disember).



Hady menyanyikan lagu Ernie Zakri tentang usaha memperkasa wanita, Ku Bersuara.







Sementara itu, keberanian penyanyi kumpulan Boboy, Naqiu, keluar dari zon selesa membawa pada pengadil tetap peraduan realiti seperti Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, sebagai menggelarnya penyanyi intelektual.



Naqiu, 33 tahun, mempertaruhkan lagu popular kumpulan Bloodshed, Srikandi Cintaku.



 





Bersama dengan saingan terdekat, Hady Mirza, lagu  asal MeerFly, MK, K-Clique dan Kidd Santhe, Haa Tepok, disampaikan dalam pusingan pertarungan atau 'battle'.



Di acara yang berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Jatt Ali pula menyusul di tangga ketiga.



Kedudukan selanjutnya disandang Nurfatima, kumpulan hip hop yang menghiburkan kerana penyelarasan gerak tari One Nation Emcees dan Sham Visa.



Kemenangan Hady dan Naqiu menamatkan kemarau panjang GV dikuasai bintang wanita selama empat musim.



Juara musim pertama adalah Ayai Ilusi sebelum Siti Nordiana, Azharina Azhar, Aishah dan Noryn Aziz pula menyandang gelaran juara GV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >