Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hairul nyaris jadi sasaran lanun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hairul nyaris jadi sasaran lanun

Aug 30, 2018 | 05:30 AM



DETIK cemas dilalui dua pelakon Malaysia, Hairul Azreen dan Ammar Alfian, ketika hampir menjadi sasaran lanun yang ingin menculik mereka di kala penggambaran filem Paskal berlangsung di Semporna, Sabah.



Hairul, 30 tahun, memberitahu akhbar Harian Metro, beliau dan Ammar hanya diberitahu kru penerbitan mengenai perkara itu setelah penggambaran di sebuah pelantar minyak berakhir, beberapa bulan lalu.



"Pada mulanya, kru memberitahu saya dan Ammar tidak boleh meninggalkan pelantar dengan alasan tiada bajet bagi bayaran hotel di Kota Kinabalu.



"Kami sepatutnya kembali ke bandar selepas penggambaran selesai. Bagaimanapun, kru hanya menceritakan perkara sebenar selepas itu," kongsi Hairul.



Biarpun ketakutan, pelakon sasa ini bersyukur segalanya berjalan lancar sepanjang berada di sana.



"Kami dimaklumkan menjadi sasaran kerana lanun mendapat tahu ada pelakon di pelantar itu. Sepanjang di sana, kami diiringi pengawal keselamatan," katanya lagi.



Paskal yang merupakan singkatan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan arahan Adrian Teh. Filem ini membentangkan kisah misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.



Filem aksi yang turut dibintangi Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G dan Hafizul Kamal itu menelan kos pembikinan sebanyak RM10 juta ($3.3 juta). Ia juga memaparkan kejayaan Paskal dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola pada 1998.



Menurut Hairul, sejak kecil lagi beliau sudah menyimpan impian bergelar tentera tetapi tiada rezeki.



"Apabila mendapat peluang berlakon dalam Paskal, ia seperti impian menjadi kenyataan. Ketika itu, saya menjalani latihan di kem tentera dan terasa seperti salah seorang daripada perwira negara ini.



"Saya berjanji tidak akan memalukan pasukan Paskal dan menggalas tanggungjawab yang diberi dengan baik," katanya lagi.



Penggambaran turut dibuat di Lumut, Perak dan Maghribi.



Latihan selama tiga hari di kem tentera Lumut merupakan satu pengalaman baru buat Hairul. Walaupun latihan itu hanya menggambarkan 20 peratus daripada bentuk latihan sebenar tentera Paskal, ia sudah cukup membuatkan Hairul akur tidak mudah memegang amanah besar ini.



"Tanggungjawab yang dirasakan memang besar dan sesi latihan bersama anggota Paskal yang lain memang sukar dari segi fizikal. Kami juga berpeluang belajar mengendalikan senjata merbahaya. Namun, ia adalah pengalaman yang sangat menarik dan berharga kerana kami banyak meraih ilmu yang bukan calang-calang," ujar Hairul.



Paskal akan menemui penonton di pawagam serata Malaysia pada 27 September ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >