PADA setiap minggu selama empat tahun berturut-turut, pelakon selaku penulis skrip, Haryani Othman, 36 tahun, akan membeli aneka jenis roti dari sekolah kulinari, Siti's Delights.
Apabila pemilik sekolah itu, Cef Siti Mastura Alwi, mendapat tahu betapa Haryani gemar memakan roti berinti sambal dan rendang jualannya pada Mac lalu, beliau mempelawa Haryani belajar buat roti.