ORLANDO Bloom mengorbankan beberapa peluang dalam kerjayanya demi kebajikan anak lelakinya.
Laman Puebloe Chieftain melaporkan bahawa pelakon berusia 40 tahun itu - yang mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun, Flynn, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Miranda Kerr - mengutamakan kehidupan keluarga sejurus perceraiannya dengan peragawati Australia itu pada 2013.