RADIO masih dan akan terus ada permintaan di sebalik kehadiran media sosial yang dianggap mengancam kewujudan wadah tradisional itu.
Namun, mutu penyampaian sesetengah penyampai radio stesen muzik dianggap merosot akibat kurangnya latihan yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat serta mentor yang berkesan.