SALURAN Astro Ria menjelaskan penaja sesebuah program hiburan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan pemenang, ini termasuk tajaan untuk Gegar Vaganza 4 (GV4) yang menyaksikan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin diangkat sebagai juara.
Pengurus saluran tersebut, Emarina Mohd Kamal berkata penaja juga tidak boleh mempengaruhi keputusan rasmi yang telah dibuat kerana format penjurian adalah tertakluk 100 peratus pemarkahan oleh juri profesional.