Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hasil lagu nasyid demi amal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hasil lagu nasyid demi amal

Dec 19, 2018 | 05:30 AM



JIKA sebelum ini Art Fazil sering muncul dengan album lagu-lagu rakyat, balada, pop serta lagu Inggeris, baru-baru ini beliau telah melancarkan single nasyid berjudul Kerana Mu (Ya Nabi Salam Alaika).



Pelancaran single itu telah berlangsung di Kuala Lumpur.



Single itu adalah gabungan Art Fazil sendiri bersama kumpulan Caravan of Praise, yang anggotanya terdiri daripada penyanyi-penyanyi daripada kumpulan nasyid terkenal dan artis pop yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Mereka termasuklah Abu Bakar Mohd Yatim dari kumpulan Raihan, Baba Andy dari kumpulan Flop Poppy, Erwan dari Muhibbain, dan beberapa lagi penyanyi lain dari seberang.



Menurut Art, single ini merupakan sebuah projek amal kelolaan Kengkawan Project, dan merupakan juga sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).



Hasil daripada keuntungan dari penjualan single ini akan diberikan kepada Kengkawan melalui aktiviti dan acara amal kendalian mereka.



"Lagu sentuhan kerohanian ini adalah satu projek amal terbaru kami atau 'charity through music' untuk badan bukan kerajaan, Kengkawan Project. Badan amal ini bertujuan untuk memanfaatkan kesejahteraan dan kerohanian pelbagai lapisan masyarakat.



"Malah keseluruhan keuntungan yang kami terima dengan penjualan single ini juga akan kami salurkan kepada aktiviti-aktiviti amal anjuran badan amal itu," jelas Art Fazil.



Lagu yang merupakan pujian terhadap Baginda Nabi Muhammad saw ini menggunakan perumpamaan dan istilah puitis untuk memberi gambaran tentang keistimewaan dan keagungan Rasullulah di sisi Allah swt.



Bagi menyuntik kesegaran, kumpulan ini juga telah menggabungkan pelbagai elemen menarik seperti menggunakan peralatan muzik etnik, bersama sentuhan muzik moden.



"Bagi memberikan kelaianan pada lagu ini, kami telah menggabungkan bunyi gendang etnik bersama bunyian gitar akustik dan elektrik, synthesizer dan juga bass," jelasnya lagi.



Lagu Kerana Mu (Ya Nabi Salam Alaika) telah dicipta dan tulis oleh Art Fazil sendiri, dan pihak Moro Records telah bertanggungjawab menerbitkan single berirama syahdu namun ceria ini, dengan ikhlas, dan tanpa mengenakan bayaran kepada badan amal tersebut.



Nik Jassmin Hew pula merupakan penerbit eksekutif bagi single ini.



Lagu ini boleh dibeli secara dalam talian di iTunes,Spotify dan di platform digital yang lain. CD single lagu amal ini akan mula dijual pada pertengahan Disember nanti. Anda juga boleh menonton video clip ini secara percuma di Youtube / Caravan of Praise: Kerana Mu (Ya Nabi Salam Alaika)



  • Ismawati Ismail ialah penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >