MELIHAT seseorang merana boleh membuat bintang utama The Incredible Hulk, Lou Ferrigno, marah dan pastinya ramai peminat siri televisyen popular itu masih ingat amarannya "anda tidak suka apabila saya marah".
Baru-baru ini, ketika berada dalam satu pameran di Knoxville, Tennessee, untuk bertemu peminatnya, Ferrigno, 65 tahun, ternampak seorang lelaki mengalami sawan secara tiba-tiba.