SEDANG lagu-lagu Inggeris dipertaruhkan untuk pertandingan Hard Rock Rising 2013 Global Battle of the Bands, band tempatan Outcry sebaliknya memilih menyertakan single Melayu mereka, Arah Tujuan.
Siapa sangka di kalangan 96 band dari seluruh pelosok dunia termasuk Russia, Britain dan Amerika Syarikat yang mengambil bahagian, lagu tersebut dipilih juri dan sekali gus menempatkan Outcry di tangga ke-18 di peringkat antarabangsa.