Menanti masa 'meletup'
Dawn Prima Ria kini sedia komited kepada bidang lakonan
May 28, 2015 | 05:30 AM
RAKAN seangkatannya yang menghadiri bengkel lakonan lebih sedekad lalu seperti Adi Putra dan Shah Iskandar sudah pun mencipta nama bahkan 'meletup' di persada hiburan Malaysia.
Seorang lagi teman seperjuangan, Taufiq Salleh, pula sudah diberi watak-watak mencabar untuk dijayakan di stesen MediaCorp Suria.