SETELAH agak lama menyepi dari dunia seni, wajah Norseha Sani tiba-tiba kelihatan kembali ke layar televisyen.
Beliau muncul dalam telemovie khas untuk Hari Bapa, Bak, pada Jun lalu dan bakal muncul dalam episod keempat bagi rancangan Dimensi 4, Memaku Cinta, pada Selasa depan.