DEMI isteri tercinta, pelakon kacak Bollywood Shahid Kapoor sanggup berehat seketika daripada komitmen kerja agar lebih fokus pada rumah tangga.
Akhbar India Express malahan melaporkan Shahid, 34 tahun, menarik diri daripada menjadi juri program realiti tarian, Jhalak Dilkha Jaa, di saat-saat akhir kerana mahu berada di sisi isterinya, Mira Rajput.