Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sufie Rashid Bertunang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hiburan
39
0

Sufie Rashid Bertunang

Dec 16, 2018 | 05:53 PM

PENYANYI kelahiran Singapura, Sufie Rashid, bertunang dengan ahli perniagaan dari Malaysia, Nurulain Md Yusof di Seremban, semalam (15 Dis).

Sufie, 27 tahun, mengesahkan dengan Berita Harian beliau telah mengikat tali pertunangan dengan wanita asal Seremban itu, selepas dua tahun berkenalan.

Kedua-dua keluarga telah bersetuju dengan tempoh ikatan pertunangan selama setahun, dengan wang hantaran berjumlah $10,000 atau RM30,392.

“InsyaAllah, akan ada majlis sanding di Singapura nanti,” kata Sufie, yang nama penuhnya Muhammad Sufie Rashid, kepada Berita Harian.

Juara Akademi Fantasia 2015 yang popular dengan lagu Aku Sanggup dan Kisah Dua Muka itu mula berkenalan dengan Nurulain pada penghujung 2016.

Majlis pertunangan yang diadakan di kediaman Nurulain itu dihadiri anggota keluarga terdekat dan teman rapat pasangan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3