KETIKA menghadiri muzikal Sister Act di Grand Theatre, Teater Mastercard@Marina Bay Sands, fikiran saya terbayang wajah lucu dan gaya selamba pelakon asal filem Sister Act, Whoopi Goldberg.
Meskipun Goldberg tetap yang terbaik dalam membawa watak wanita penghibur yang terpaksa menyamar menjadi biarawati kerana polis bimbangkan keselamatannya yang diancam penjenayah, muzikal tempoh hari tetap menghiburkan.