Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ibu bakal didandan persis selebriti setelah kotakan impian anak ke Anugerah MeleTOP Era

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ibu bakal didandan persis selebriti setelah kotakan impian anak ke Anugerah MeleTOP Era

Apr 08, 2018 | 04:38 PM



BAGI mengotakan impian anaknya menonton majlis penyampaian Anugerah MeleTOP Era (AME) secara langsung malam ini (8 April) di Axiata Arena, Bukit Jalil, seorang ibu, Cik Suzana Mohd Sahron, mencuba nasibnya menyertai kuiz Fuyohh! Jom AME 2018, anjuran Singtel TV.



Demi memenuhi harapan sahabat karibnya untuk bertentang mata dengan artis popular masa kini, Cik Norhayati Abdul Rahman pula berusaha meneka artis yang dipaparkan laman Facebook Berita Harian Singapura dalam lima parodi menular.



Kuiz Teka Parodi akhbar ini diadakan dengan kerjasama Singtel TV, sejajar dengan kunjungan rombongan Fuyohh! Jom AME ke Kuala Lumpur. Rombongan seramai 30 orang yang tiba di Kuala Lumpur semalam dan bakal pulang esok ditaja penginapan dan pengangkutan sepenuhnya oleh Singtel TV.



Turut serta menghiburkan mereka adalah Duta Singtel TV, Nurul Aini Abdul Rahim dan pengacara Dyn Norahim.



Sebagai bonus menjayakan segmen berjalan ala model secara bersahaja di Hotel Parkroyal Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cik Suzana, 47 tahun, dan anaknya, Encik Irfaan Azahari, 24 tahun, berpeluang menghadiri sesi sidang akhbar AME yang dijadualkan berlangsung tengah malam ini selepas pengumuman kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan (Wanita) diumumkan. Kategori itu bakal disandang dua artis dengan jumlah undi paling banyak.



Cik Suzana juga diberi ganjaran produk dandanan tajaan Nurul Aini serta dandanan rapi ala selebriti oleh jurudandan berpengalaman.



Ketika ditemui Berita Minggu, Cik Suzana menjelaskan bahawa meskipun beliau amat meminati pasangan suami isteri 'hot', Fattah Amin dan Fazura, yang dicalonkan dalam kategori Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP, hasrat mengikuti rombongan Fuyohh! Jom AME didorong keinginan anaknya bertemu dan bergambar dengan selebriti popular masa kini.



"Saya memanglah berharap dapat temui Fattzura (gelaran hasil cantuman nama Fattah dan Fazura) tetapi lebih daripada itu, saya setakat mencuba nasib kerana anak saya nak sangat menonton acara ini secara langsung daripada setakat menyaksikannya di kaca televisyen."



Kata Encik Irfaan:



"Saya memang minati bakat muda yang dipanggil 'Budak Baru Nak Up' seperti Haqiem Rusli dan Ara Johari. Lagu mereka memang 'memukau' dan sedap didengar. Pastinya seronok dapat hadiri AME di Axiata Arena dan rasakan bahang keseronokannya."



Dalam pada itu, Cik Norhayati, 45 tahun, penolong pentadbiran kanan, pula sanggup 'mengkaji' dan mencari di Internet jawapan Kuiz Teka Parodi yang dirinya kurang pasti dengan harapan jika namanya dipilih, dapatlah beliau bawa rakan sekerjanya, Cik Azlina Kassim, pengurus berusia 50-an tahun, bercuti hujung minggu sambil berhibur di Kuala Lumpur.



"Ada jawapan yang kami tahu, ada yang kami payah teka. Maka Google menjadi teman baik mencari siapa artis yang menyanyi dengan mikrofon terbalik serta penyanyi yang jarinya tidak boleh diam bergerak ke sana sini ketika menyanyi. Khai Bahar dan Wany Hasrita adalah jawapan yang kami temui menerusi Google dan YouTube," katanya yang berharap pelakon sasa, Zul Ariffin dapat dinobatkan sebagai pemenang artis lelaki Top Top MeleTOP.



Ditanya artis wanita yang boleh menerima gelaran artis wanita Top Top MeleTOP, Cik Azlina berkata:



"Susah nak cakap tapi kalau mengikut peredaran dunia seni masa kini, saya rasa Wany Hasrita amat popular dalam kalangan pencinta dunia hiburan."



 



Nota: Kunjungan wartawan dan jurufoto ke Kuala Lumpur ditaja Singtel TV

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >