DALAM satu projek konsert yang melibatkan pemuzik rok pada 2005 di Dewan Konsert Esplanade, pasukan tenaga penganjur bersuara kepada saya kalau-kalau penyusun dan penggubah muzik, Iskandar Mirza Ismail, sudi bekerjasama menjayakan satu segmen dalam konsert yang diberi nama Rock Opera.
"Agak-agak, mahu tak dia terlibat dalam konsert rok?" ada yang bertanya. Kemudian, ada yang mengandaikan, kalau pun pemuzik seperti Iskandar mahu bekerjasama, tentu bayarannya tinggi.