Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Kekurangan sesetengah zat boleh jadi punca masalah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kekurangan sesetengah zat boleh jadi punca masalah

Sep 27, 2017 | 05:30 AM



KEBANYAKAN warga dewasa mengamalkan pemakanan yang seimbang yang biasanya tidak kurang vitamin yang diperlukan serta zat bagi pertumbuhan rambut.



Ini termasuk zat besi, zink, vitamin-B kompleks (terutamanya Biotin atau B7) dan vitamin D.



Namun terdapat beberapa kes di mana beberapa pesakit didapati kekurangan zat-zat ini, justeru menyebabkan keguguran rambut.



Ini dinyatakan Pengarah Perubatan di Klinik Aestetik Perubatan Freia, Dr Harold Ma, berkata makanan yang kaya dalam vitamin B7 atau Biotin termasuk telur, badam, walnut, dan kekacang, gandum (nasi perang, bijirin, roti mil penuh), telur dan daging.



Menurutnya daging merah merupakan sumber paling penting bagi zat besi, tetapi kekacang, buah-buahan kering, sayuran dengan dedaun hijau, serta sarapan bijirin juga mengandungi zat besi, meskipun ia tidak mudah diserap.



Vitamin D juga mudah diperolehi apabila kita terdeah kepada sinran mentari yang mencukupi.



Ikan, seperti tuna dan salmon juga sumber yang baik.



Selain itu produk tenusu, keju, kuning telur, jus oren yang segar, susu soya dan bijirin, selain daging lembu dan hati juga mengandungi vitamin D.



Zat besi terdapat dalam daging lembu selain udang, ketam, tiram dan bayam.



"Perlu ditekankan di sini bahawa masalah keguguran rambut biasanya lebih sukar dan bukan sahaja dengan makan vitamin dan zat galian.



"Maka diagnosis yang betul perlu dilakukan oleh seorang profesional perubatan sebelum sebarang rawatan atau rawatan tambahan bermula," kata Dr Ma lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >