Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Khilaf

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
3

SAJAK

Khilaf

Oct 23, 2016 | 05:30 AM

Ingin kubelai fitrah kasihmu,
Tika aku pasrah menunggu waktu,
Berteleku aku diam membisu,
Longlai, lesu, terduduk sayu.
Ku harap secebis rahmah-Mu,
Untuk mengubat kewarasanku.
Pandanglah aku dengan ihsan nuranimu.
Aku kesiangan dalam kegelapan,
Menghakis segala kesilapan,
Entah sampai bila aku bertahan,
Meniti sisa hidup,
Tenggelam aku sedalam-dalam,
Ke dasar lautan suram.

aku sulang si jiwa kontang,
Agar khilaf tidak terulang,
keampunan tak terhalang.
Aku serik dijajah,
Aku serik dimamah,
Hingga kudrat lidahku,
Tak sanggup menyanggah.
Sang kasih,
Jangan kau berpaling dariku,
Jangan biarkan kuhanyut,
Jangan biarkan imanku susut,
Sebelum nyawa dicabut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3