Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kisah kasih drama Hari Ibu 'Mamaku Bibikku'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kisah kasih drama Hari Ibu 'Mamaku Bibikku'

May 10, 2019 | 05:30 AM



SABAN tahun, drama sempena Hari Ibu yang disiarkan di kaca televisyen menyentuh perihal jerih payah pengorbanan ibu terhadap anak yang dicintai.



Namun, dalam konteks masa kini di mana ibu sibuk bekerja, jasa pembantu rumah dalam memelihara, membimbing dan menemani anak yang kesunyian jarang disentuh dalam drama khas.



Itulah yang mencetus idea bagi dua peneraju syarikat penerbitan Poetry In Motion, Cik Nusaibah Abdul Rahim dan Encik Safiyuddin Razif, dalam menghasilkan drama Mamaku Bibikku di saluran Mediacorp Suria 9.30 malam ini.



Namun, sebagai 'menambah rencah' pada drama, watak ibu yang dibawa penuh jiwa raga oleh pelakon berpengalaman, Rosita Hussin, ialah insan cacat pendengaran.



Itu atas usulan pengarah dan penulis skrip drama ini, Seriwahyuni Jaes.



Ketika dihubungi, Cik Nusaibah, selaku penerbit drama, berkata:



"Antara yang kami kupas adalah bagaimana pembantu rumah memainkan peranan besar dalam sesetengah keluarga tetapi usaha mereka tidak dihargai.



"Justeru, kami menyisipkan watak pembantu Indonesia atau bibik yang tinggal bersama majikan selama 14 tahun hingga perselisihan faham berlaku dan dia dihantar pulang ke Indonesia. Ia timbul kerana rasa cemburu majikan yang rasa bibik itu menjadi penghalang kasih antara majikan yang pekak dengan anaknya."



Menurut Cik Nusaibah, pihaknya cuba memaparkan pasang surut emosi si ibu bernama Mariana dan pembantu rumahnya Asih (lakonan Eka Mairina) yang sudah dianggap sebagai ibu oleh si anak Nelly (Atyy Malek).



Sebahagian penggambaran dibuat di Malang, Surabaya, bagi mewujudkan paparan latar belakang visual yang realistik.



Seni perfileman indah khususnya buat babak penuh emosi pula dapat dikesan melalui paparan Gunung Bromo dan Pasir Berbisik.



Seriwahyuni, kata Cik Nusaibah, begitu tertarik membawa penonton 'terbang' ke lokasi pelancongan Kampong Warna-Warni di Jodipan yang dulu kawasan setinggan.



Dalam cerita, Nelly pergi ke sana bagi program pertukaran pelajar - keputusan yang awalnya tidak dipersetujui Mariana.



Sebagai plot sampingan, anak lelaki Asih dilanda masalah hati tidak berfungsi. Ini mendesak Asih meninggalkan Indonesia bagi mencari wang menampung kos rawatan.



Namun, dalam hubungan Mariana dan Nelly semakin renggang menyusuli ketiadaan Asih, mereka dipertemu dalam senario menyentuh kalbu.



Cik Nusaibah akur bahawa mempelajari bahasa isyarat dalam kursus kilat tiga hari merupakan cabaran utama Rosita, Atyy, Eka dan seorang lagi pelakon, Awad Salim.



"Mereka perlu mempelajari asas bahasa isyarat di samping menyemak skrip menggunakan bahasa isyarat. Kami hargai usaha mereka merakam semula gerak-geri dan mempelajari bahasa tersebut. Kami juga mempunyai penterjemah bahasa isyarat yang mengikuti kami ke Surabaya," kongsinya.



Cik Nusaibah menghargai kajian menyeluruh yang dilakukan Rosita kerana ini peranan pertamanya yang tidak perlu bercakap.



"Rosita perlu mengamati ekspresi wajah serta luahan perasaan golongan pekak. Memandangkan beliau cepat tangkap bahasa isyarat yang diajar, ia usaha yang saya puji.



"Atyy pula memberitahu saya ini antara peranan paling mencabar buatnya kerana beliau perlu mempelajari bahasa isyarat sambil berkomunikasi secara lisan agar penonton mampu memahami apa yang cuba disampaikan.



"Eka pada awalnya memang enggan menerima tawaran lakonan sebagai pembantu rumah kerana enggan distereotaip dengan watak sedemikian hanya kerana beliau berasal dari Indonesia.



"Namun, apa yang menyentuh hatinya ialah peranan kami beri ini berbeza. Eka tertarik pada jalan cerita. Beliau perlu memahami pengalaman bekerja bagi majikan cacat pendengaran dan mempelajari bahasa isyarat. Ini bukan kisah biasa bibik," ujarnya.



Eka juga menyanyikan lagu tema drama itu yang bertajuk Cinta Tidak Bernoktah.



"Kita biasanya mengambil mudah apa yang kita miliki tanpa memikirkan keadaan mereka yang hilang salah satu pancaindera. Pastinya perspektif kehidupan kita berbeza setelah melalui proses mengamati usaha golongan cacat pendengaran mengharungi jerih payah.



"Apabila kami melihat golongan ini melatih pelakon, kami rasa cukup rendah hati dan menghargai apa yang Allah kurniakan. Tidak mudah berkomunikasi dan membuat orang lain memahami kita kalau kita dalam kedudukan mereka.



"Dengan memaparkan kisah kehidupan Bibik, kita juga mampu meninjau pengorbanan pembantu rumah yang perlu tinggalkan keluarga bagi membantu kita di Singapura," ujar Cik Nusaibah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >