Konvensyen komik dan 'cosplay' diadakan di S'pura Sep ini
Jul 11, 2016 | 05:30 AM
TIDAK kira sekiranya anda peminat buku komik, pengumpul mainan, gemar permainan teknologi atau minat dengan 'cosplay', Konvensyen Mainan, Permainan dan Komik Singapura (STGCC) pasti memukau anda dengan pelbagai pameran yang bakal disajikan.
Berlangsung pada 10 dan 11 September ini, acara yang bakal diadakan di Pusat Ekspo Sands dan Konvensyen, lantai B2, Dewan E dan F itu menyajikan pameran Timur dan Barat.