PEMENANG ketiga peraduan realiti Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, bercadang mendapatkan khidmat pakar bagi membedah bibir sumbing anak keempat mereka, Nur Amna Quxandra.
Lan yang nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusuf, 33 tahun, memberitahu laman mStar Online, bahawa dirinya telah mendapatkan pandangan beberapa pihak sebelum membuat keputusan.