JIKA sebelum ini hubungan antara gandingan serasi di kaca televisyen, Fattah Amin dan Neelofa, dianggap 'sulit' atau 'wujud komplikasi' kerana timbul berita kehadiran orang ketiga antara mereka, persahabatan mereka kembali akrab.
Selain bakal terlibat dalam satu projek drama Astro secara bersama Mac ini, Neelofa dianggap Fattah sebagai teman yang banyak memberi nasihat buatnya mengendalikan perniagaan dan mengurus kerjaya seninya secara berkesan.