APABILA Cik Suryanie Ismail teringin memakan masakan Jepun semasa mengandungkan anaknya lima tahun lalu, beliau langsung tidak menyangka makanan itu akan menjadi salah satu sumber pendapatannya satu hari kelak.
Peliknya, beliau pada waktu itu tidak meminati atau sukakan makanan Jepun, apatah lagi tahu cara memasaknya.