MENJADI seorang suri rumah memang tugas yang mencabar. Selalu sahaja terkejar-kejar masa untuk siapkan keperluan anak, kemas rumah, memmasak dan mencuci baju. Pendek kata, kadang kala memang tidak ada masa untuk diri sendiri.
Atas sebab-sebab inilah guru yoga, Cik Noor Fazilah Mohd Damin, atau lebih dikenali sebagai Ella Fazilah di Facebook, menubuhkan sebuah kelas yoga yang diadakan di tepi pantai khas untuk para ibu.