Miley Cyrus nafi akan berpisah
Aug 13, 2019 | 05:30 AM
DALAM kehangatan tabloid hiburan membicarakan pergolakan rumah tangga Miley Cyrus, penyanyi dan pelakon terkenal itu menidakkan kenyataan terbabit dengan memuat naik ucapan selamat menyambut ulang tahun ke-10 hubungan bersama suaminya, Liam Hemsworth, di laman sosial.
Miley berkahwin dengan aktor terkenal kelahiran Australia itu akhir tahun lalu selepas bercinta dan bertunang hampir sembilan tahun.