PENYANYI Misha Omar selamat melahirkan anak sulung lelakinya pada 10.20 malam Rabu lalu, tiga minggu lebih awal daripada tarikh dijadualkan.
Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34 tahun, berkata beliau tidak segera memperkenalkan bayinya itu kepada peminat kerana anaknya masih dalam pemantauan doktor. Bayinya itu tidak cukup bulan, menurut laman akhbar mStar Online.