Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muzikal 'Kinky Boots' suntik keyakinan diri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ULASAN TEATER

Muzikal 'Kinky Boots' suntik keyakinan diri

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



DAYA tarikan muzikal Broadway, Kinky Boots, bukan sahaja terletak pada pesanan 'menjadi diri sendiri' yang berulang kali diuar-uarkan mahupun lagu-lagu ciptaan ikon muzik 1980-an, Cyndi Lauper.



Lebih daripada itu, ia bersandarkan kisah sebenar yang kemudian disulam jalan ceritanya menjadi sebuah filem Inggeris pada 2005.



Warna-warni muzikal yang kini dipentaskan di Teater Sands, Marina Bay Sands hingga Ahad ini dapat dirasakan sejurus sahaja anda memasuki ruang teater.



Anda dibawa menjejak kehidupan Charlie Price yang mewarisi perniagaan ayahnya.



Charlie bertemu lelaki berjiwa lembut yang mengenakan pakaian wanita dan bernama Lola.



Hasil kerjasama mereka yang tidak diduga, but paras lutut yang merah menyala warnanya mampu dihasilkan dengan jaya.



But tersebut yang kemudian diubah suai mengikut cita rasa pelanggan menjadi penyelamat perniagaan Charlie yang awalnya terjejas teruk.



Di sebalik perawakan berbeza bak langit dengan bumi, Charlie dan Lola berkongsi misi serupa dalam perniagaan yang menegakkan identiti diri.



Walaupun gelak tawa mengisi ruang teater sepanjang muzikal dua jam itu, banyak pengajaran mampu diperolehi.



Pertama, meskipun hubungan ayah dengan anaknya tegang, air dicencang takkan putus.



Kedua, persahabatan sejati dengan mereka yang berkongsi minat dan tahap kegigihan serupa boleh membawa hasil menggembirakan.



Akhir sekali, sesuatu idea itu perlu dikembangkan mengikut tuntutan dan cita rasa kini agar ia tidak mudah mati ditelan arus kemodenan.



Terdapat juga plot sampingan dalam muzikal itu yang menyelongkar rasa cinta terpendam pekerja kilang kasut Charlie, Lauren, terhadap bosnya.



Namun, Lauren perlu menerima kenyataan Charlie sudah menjalin cinta dengan Nicola yang tegas tetapi menyimpan muslihat.



Ia memberikan harapan seorang gadis yang tulus ikhlas membantu seperti Lauren berupaya memenangi hati sang teruna di akhirnya.



Namun, sebagai seseorang yang terdedah pada keindahan lagu Lauper seperti Girls Just Want To Have Fun dan True Colours, lagu dalam muzikal ini mengembalikan nostalgia era 1980-an.



Lauper, dalam wawancara media luar negara, menjelaskan beliau berasa aneh menulis lagu tentang fesyen, anjakan paradigma dan kaitannya dengan proses menyalin kasut.



Namun, di akhirnya, lagu seperti Raise You Up, Just Be, The History of Wrong Guys, Everybody Say Yeah, In This Corner dan Hold Me In Your Heart, benar-benar membuatkan penonton terpaku dek inspirasi yang dibawa.



Teras pesanan muzikal itu adalah tiada yang mustahil dicapai berbekalkan kerajinan dan kecekalan.



Tiket berharga antara $65 dengan $185 boleh ditempah menerusi laman, talian dan kaunter Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >