TREND DUNIA HIBURAN
Nama besar Hollywood kuasai wadah penstriman
Pelakon 'Senarai A' rebut peluang lakon di wadah seperti Netflix, HBO dan Prime dengan perubahan dalam landskap hiburan
Jan 21, 2020 | 05:30 AM
KERAPKALI wajah tampan mahupun jelita mereka menghiasi layar perak dengan watak-watak meyakinkan lagi menyentuh jiwa.
Namun sejak akhir-akhir ini, dapat dikesan trend peralihan nama besar Hollywood dari layar raksasa ke khidmat penstriman seperti Netflix, Amazon Prime TV, Apple TV dan HBO Go.