Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Nassier Wahab meninggal dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nassier Wahab meninggal dunia

Dec 05, 2019 | 08:45 AM



PENYANYI bersuara emas era 1980-an yang popular dengan lagu Gadis Bermata Biru, Datuk Nassier Wahab meninggal dunia sekitar 12.45 malam tadi.



Beliau yang berasal dari Kota Kuala Muda, Kedah, meninggal dunia di Pusat Pakar, Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor. 



Akhbar Harian Metro melaporkan berita itu disebarkan penyanyi seangkatannya, Zur Eda, menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan artis.



Sebelum ini Allahyarham yang berusia 57 tahun menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya pada 1 Jun lalu dan dikatakan beransur pulih.



Namun Selasa lalu, doktor menasihatinya agar menjalani rawatan menambah darah. Beliau bagaimanapun muntah darah yang banyak semalam.



Sakitnya itu dialami sejak lima tahun lalu apabila beliau sering memgadu sakit pada bahagian gusi. 



Pembantu peribadinya, Aliff Salim mewakili Nassier berkata, Nassier hanya akan mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit itu.



“Apabila makan ubat, sakit itu akan hilang. Kadang-kadang ambil masa dua hingga tiga hari baru hilang sakitnya.



“Apabila terlalu berterusan, doktor memberitahu kaedah ini tidak bagus kerana boleh menjejaskan kesihatannya,” katanya. 



Katanya, doktor menasihatkan Nassier menjalani pembedahan tetapi dia kerap menangguhkannya.



“Selepas kali ketiga berjumpa doktor, barulah dia setuju untuk buat pembedahan pada 1 Jun lalu,” katanya.



Nassier dikatakan banyak merahsiakan penyakitnya tetapi pernah dirawat selama 20 hari di hospital dan makan menerusi tiub. 



Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Fatimah Abdul Rauf dan seorang anak perempuan, Najihah, 22 tahun.



Jenazah Nassier dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu Belah pada 10 pagi nanti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >