Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Neelofa 'unfollow' Fattah di Instagram, Fattah pilih diam...

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Neelofa 'unfollow' Fattah di Instagram, Fattah pilih diam...

Dec 23, 2016 | 04:59 PM



KUALA LUMPUR (Malaysia) - Kekecewaan Neelofa Noor, 27 tahun, terhadap 'kekasihnya', Fattah Amin, 26 tahun, bagaikan sukar dibendung lagi apabila kemuncak kontroversi itu ditunjukkan hos program MeleTOP itu dengan berhenti daripada terus mengikuti akaun Instagram aktor berkenaan.



Sebaliknya, sehingga pukul 6.30 petang semalam, Fattah pula masih 'setia' mengikuti akaun Instagram @neelofa yang mempunyai 4 juta pengikut itu.



Ekoran itu, peminat mereka berdua mula mempersoalkan tindakan Neelofa termasuk meluahkan rasa sedih dan hampa terhadap berakhirnya fenomena #LoFattah.



Dalam pada itu, Fattah enggan memanjangkan isu keretakan hubungannya dengan Neelofa, sebaliknya menegaskan dia lebih senang berdiam diri daripada membiarkan isu itu berlanjutan.



Bintang utama drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot itu berkata, seandainya dia memilih memberi jawapan kepada media dikhuatiri keadaan akan bertambah buruk dan reputasi banyak pihak akan terjejas.



"Berkenaan permintaan rakan-rakan wartawan yang inginkan saya memberi komen balas terhadap kenyataan Neelofa, maaf sejujurnya saya tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.



"Pandangan saya secara peribadi, setiap artis yang menempuhi fasa peningkatan akan sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Jadi, saya juga tidak terkecuali daripadanya.



"Setiap artis itu juga melalui ujian yang berbeza dan sekarang ini, tiba masanya saya diuji sebegini. Apapun yang berlaku, saya percaya bukan mudah untuk bergelar individu hebat.



"Sebelum memperoleh kejayaan yang diinginkan, pastinya ada dugaan yang hebat perlu diatasi. Saya reda," katanya kepada Mega HITS ketika dihubungi.



Kelmarin, Neelofa yang juga pengacara popular program MeleTOP mendedahkan, hubungan baiknya bersama Fattah terjejas gara-gara wujud orang ketiga yang dipercayai seorang pelakon berdarah kacukan Inggeris.



Berikutan pendedahan itu, nama aktres Tania Hudson dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perhubungan yang rumit itu.



Bagaimanapun, Tania dalam reaksi kepada Mega HITS menafikan sekeras-kerasnya yang dia menjadi punca kepada keretakan hubungan Fattah dan Neelofa.



Menjawab soalan mengenai sikapnya yang dikaitkan sebagai "playboy', Fattah bagaimanapun enggan mengulas lanjut.



Bahkan, Fattah juga tidak mahu mengiya atau menafikan kedudukan sebenar mengenai status hubungan yang terjalin antara dia dan Neelofa. - Gambar IG @blackpepperproduction



Bayi sulung Fattah



Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan terbaharu, Fattah yang menjadikan Datuk Rosyam Nor sebagai idola, baru saja menubuhkan sebuah syarikat produksi, Fattah Amin Production demi bergelar penerbit.



Berkolaborasi dengan syarikat A. Aida Production, selain menjadi teraju utama bergandingan dengan Niena Baharun, dia juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif produksi drama Dia Anak Jeneral.



"Ini adalah cita-cita saya selama ini. Di samping bergelar pelakon, saya juga mahu terbitkan drama sendiri. Saya mahu praktikkan setiap ilmu yang ditimba di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dulu. Drama ini sebanyak 28 episod dan akan disiarkan tahun depan di TV1," katanya.



Tambah Fattah, dia juga ingin melebarkan sayap seninya menjadi pengarah, tetapi buat masa ini mahu fokus satu per satu.



"Insya-Allah, mungkin selepas ini saya akan buat kaji selidik lebih mendalam lagi sebelum cuba jadi pengarah. Semua ilmu yang dipelajari dulu perlu diingat semula," tuturnya menamatkan perbualan. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >