Nikmati harum bunga lili di pameran di Taman Di Pesisiran
Jun 16, 2016 | 05:30 AM
PEMINAT bunga lili boleh menyaksikan dari dekat pameran pertama bunga tersebut di ruang Flower Dome di Taman Di Pesisiran (Gardens by the Bay).
Pameran yang berlangsung sejak 3 Jun dan berakhir pada 10 Julai ini diberi nama Lilytopia dan menawarkan pemandangan indah lebih 7,000 bunga lili daripada 50 jenis yang dibawa masuk dari Eropah.