Pelajari kesediaan terima kritikan seni
Jun 07, 2016 | 05:30 AM
PENERIMAAN negatif orang ramai atau kritikan mereka terhadap sesebuah karya seni, seberapa pahit sekalipun, harus ditelan seorang seniman.
Bagi bakat seni muda, Encik Zulkhairi Zulkiflee, 25 tahun, itulah pengajaran bermakna yang beliau pelajari selepas menyertai program bimbingan Noise Singapore kendalian Majlis Seni Kebangsaan (NAC).