Penggiat bola sepak berjalan sertai pertandingan di London
Jun 01, 2019 | 05:30 AM
SEKUMPULAN penggiat bola sepak berjalan kini berada di England bagi menyertai acara Piala Dunia Bola Sepak Berjalan 2019 yang diadakan buat julung kalinya.
Pasukan seramai 10 orang, berusia antara 50-an dan 60-an tahun itu, mewakili Singapura dalam acara yang berlangsung di Stadium Leyton Orient, London, hujung minggu ini.