AIR mata seorang guru pengajian Al-Quran, Cik Mahanie Hassan, menitis apabila berbual tentang suami tercinta, Imam Masjid Sultan, Ustaz Ahmad Jelani Kiyaii Johari. Berulang kali ungkapan ‘I Love You’ diucapkan apabila menatap wajah suami yang kini terlantar di katil akibat angin ahmar.
“Meskipun separuh badannya lumpuh akibat strok, Ustaz masih sedar dan dengar apa yang berlaku di sekeliling,” kata ibu dua anak itu.