Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Penyanyi baru Sulaiman Aziz ghairah mahu kongsi muzik jaz semasa pesta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi baru Sulaiman Aziz ghairah mahu kongsi muzik jaz semasa pesta

Aug 17, 2018 | 05:30 AM



PENYANYI baru, Sulaiman Azim, 22 tahun, bakal menghiburkan pengunjung Pesta Malam Singapura 2018 menerusi program muzik Backyard Sessions@Armenian yang diadakan dari 23 hingga 25 Ogos di Armenian Street.



Program muzik tersebut turut menampilkan ramai lagi pemuzik muda, antaranya Alicia Nadine dan Elsa Mickayla.



Sulaiman, mahasiswa Fakulti Seni dan Sastera dari Universiti Nasional Singapura (NUS), akan membuat persembahan bersama band The Expressions dan menyanyikan antaranya lagu-lagu tulisan dan gubahannya seperti lagu Time Travelling, selama setengah jam pada 23 Ogos, 8 malam.



Mengambil inspirasi daripada penyanyi dan penulis lagu seperti John Mayer, Daniel Caesar dan Lauv, lagu ciptaan Sulaiman menerusi gitar akustiknya menerapkan genre jaz.



"Lagu-lagu tulisan dan gubahan saya berdasarkan pengalaman peribadi daripada kehidupan harian dan semasa waktu kecil," ujar Sulaiman menerusi telefon.



Misalnya, lagu ciptaan pertamanya dalam bahasa Inggeris, Time Travelling, mengimbas kembali saat beliau meningkat dewasa dan saat beliau paling gembira.



Berkongsi tentang minatnya dalam bidang muzik, Sulaiman berkata:



"Saya belajar bermain gitar sendiri selepas saya terjumpa gitar bapa saya semasa usia saya 12 tahun. Pada awalnya, saya kurang selesa dengan suara sendiri tetapi saya membuat persembahan pertama di depan orang ramai semasa saya berada di Maktab Rendah Catholic."



Pada masa yang sama, Sulaiman juga mula berjinak-jinak menulis dan menggubah lagu sendiri ketika berada di maktab rendah.



Kemudian sejak membuat persembahan awam pertamanya pada 2015, Sulaiman telah menyanyi dan bermain gitar di Timbre+, Hard Rock Cafe, Esplanade di bawah program All Things New pada Januari lalu dan bazar Twillight Flea Market.



Katanya, beliau telah menemui anggota band The Expressions menerusi Those Indigo Scales, satu masyarakat pemuzik yang bermatlamat menyemarakkan lagi suasana muzik Singapura.



Ini merupakan kali pertama beliau terlibat dalam Pesta Malam Singapura dan berasa ghairah dapat berkongsi muziknya bersama pengunjung pesta itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >