DARIPADA bekas pengurus kelab bola sepak Home United yang keberatan bertanding di pentas besar Dangdut Academy Asia 5 (DAA5) kepada penghibur bersuara mendayu-dayu yang mampu 'mencairkan' pengulas dan penonton Nusantara.
Begitulah perjalanan semalaman penyanyi irama Bollywood, Sheer Angullia, 31 tahun, yang kini merupakan satu-satunya peserta Singapura yang bertahan di gelanggang seni yang menyatukan pencinta irama dangdut di Jakarta, Indonesia.