Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pesona aksi kucing dalam muzikal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pesona aksi kucing dalam muzikal

Dec 22, 2019 | 12:19 PM



PENCINTA kucing montel dan manja akan terhibur.


Mereka yang baru didedahkan pada warna-warni dunia muzikal juga akan rasa teruja melihatkan sekumpulan kucing lincah bermain-main sambil menari di tempat duduk penonton sekitar Teater Sands, Marina Bay Sands.


Begitulah meriahnya apabila muzikal Broadway, Cats, dengan lagu-lagu hasil ilham Andrew Lloyd Webber, kembali ke Singapura.  Webber mengilhamkan muzikal ini daripada antologi puisi T.S. Eliot, Old Possum's Book of Practical Cats.


Mata ini terpaku pada set kreatif di pentas yang menggambarkan ruang kumpul barang buruk dan rosak.  Ia mungkin tampak berselerak tetapi cantik dengan unsur-unsur kesenian.


Muzikal Cats ini  mengisahkan tentang sekumpulan kucing 'Jellicle' yang berhimpun pada satu malam istimewa bagi mendengar pengumuman si kucing tua tapi bijak, Old Deuteronomy. Dia akan memilih seekor kucing yang akan dipertingkatkan kedudukannya pada tahap 'The Heaviside Layer' sekali gus dilahirkan semula dalam dunia baru yang luar biasa.


Bangga melihat pelakon kelahiran Filipina, Joanna Ampil, 44 tahun,  yang berpengalaman menjayakan muzikal lain seperti Miss Saigon dan Jesus Christ Superstar, menghidupkan watak utama sebagai si kucing glamor Grizabella. Ini petanda anak kelahiran Asia juga boleh berdiri sama tinggi dengan pelakon Barat lain dalam muzikal gah yang sudah dipentaskan di merata dunia.


Pelakon Inggeris, Luke Fraser Yates pula anak muda yang diberi amanah besar sebagai Munkustrap, kucing jantan yang berani lagi bertanggungjawab terhadap hak dan kebajikan kucing-kucing lain. Dia adalah pemimpin berwibawa di tangga kedua kepimpinan puak kucing 'Jellicle' selepas Old Deuteronomy. Segala pengenalan tentang kucing-kucing disampaikan Munkustrap dengan penuh jiwa raga


Namun, yang agak menyerlah dalam pementasan ini adalah George Hinson, sebagai Rum Tum Tugger, kucing jantan yang suka menarik perhatian ramai malah disenangi kucing betina yang tergila-gilakannya. Gayanya persis vokalis band rok Aerosmith, Steve Tyler.


Secara umum, Cats memberi peluang buatg penonton menyelami kehidupan yang ada pasang surutnya. Watak-watak kucing ini menggambarkan watak manusia yang mungkin pernah anda lihat di sekeliling anda atau mencerminkan perjuangan anda sendiri dalam kehidupan penuh pancaroba.


Berbeza daripada pementasan Cats di Singapura dahulu, kucing-kucing dalam muzikal kali ini nampaknya lebih 'jinak' bagi mendekati penonton dan mengusik mereka dalam keadaan mereka tidak menyedari diri mereka dihampiri atau diminta menari.


Lagu tema Rum Tum Tugger yang rancak dan 'catchy' membuatkan hati anda menari-nari penuh kegembiraan. Lagu ikonik Memory tentang kenangan merasakan nikmat kebahagiaan yang tiba-tiba luput daripada kehidupan pula membuai jiwa.


Namun, di sebali segalanya, Cats kali ini memberi anda ruang melihat bermacam jenis tarian dipentaskan. Kebolehan kebanyakan pelakon muzikal ini lebih terletak pada kelincahan mereka menari.



Muzikal Cats dipentaskan di Teater Sands hingga 5 Januari ini. Tiket berharga $40 dengan $220 boleh ditempah menerusi talian, kaunter dan laman Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >