FILEM seram fantasi arahan pengarah Malaysia, Dain Iskandar Said, Interchange, akan membuat tayangan perdana Asia dan dipilih sebagai filem pembukaan Pesta Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) edisi ke-27 pada 23 November ini.
Filem yang memaparkan barisan pelakon Malaysia dan Indonesia, antaranya Shaheizy Sam dan Nicholas Saputra, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas dijemput tayang di Festival Filem Locarno di Switzerland dan Festival Filem Toronto, Amerika Syarikat.