RIBUAN portret warga Singapura bakal dikumpul untuk membentuk satu laluan seni sempena sambutan ulang tahun Singapura ke-50 (SG50).
Montaj portret tersebut akan disusun secara artistik menjadi satu mural raksasa - satu karya utama laluan seni yang diberi nama Penghubung Seni - membentuk satu laluan pejalan kaki berbumbung sepanjang 300 meter menghubungkan stesen MRT City Hall dengan Galeri Nasional Singapura.