INTIPATI lima puisi Melayu telah disampaikan dengan bijak menerusi persembahan teater, bunyi dan seni pemasangan visual dalam pementasan Alamat Baru.
Pementasan terbitan kumpulan seni ad-hoc, Wright Assembly, menyaksikan lima aktivis seni- Norisham Osman, Ila, Henrik Cheng, Bani Haikal dan Azy Alias - mentafsirkan puisi sasterawan dan seniman Suratman Markasan, Masuri S.N., Mohamed Latif Mohamed, Rasiah Halil dan Rafaat Hamzah ke pentas galeri The Arts House, baru-baru ini.