Syawal yang diraikan tidak lama lagi membawa keceriaan buat beberapa selebriti berikut, baik yang berasal dari Singapura mahupun Malaysia. Apakah perbezaan Raya tahun ini buat empat artis berikut? Ikuti laporan wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg).
KESYUKURAN amat dirasai penyanyi tempatan dan juara peraduan realiti Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, sepanjang Ramadan yang bakal melabuhkan tirai lusa.